Padang Kota merupakan satu kawasan di bandaraya
George Town. Ia terletak di dalam kawasan
parlimen
Tanjung.
Padang Kota terbahagi kepada dua bahagian iaitu
Padang
Kota Lama dan
Padang Kota Baru. Di sini beberapa
acara penting selalu diadakan seperti sambutan hari kemerdekaan, Sambutan Tahun
Baru, dan acara santai yang lain.

Padang Kota menghadap ke arah laut. Dari Padang Kota , pengunjung dapat
melihat
Jambatan Pulau Pinang yang menghubungkan
kawasan pulau ke tanah besar dengan jelas dan juga
feri Pulau Pinang
berselisih membawa penumpang dan kenderaan dari
Pangkalan Sultan Abdul Halim ke
Pangkalan Raja Tun Uda. Di
Padang Kota Lama, terdapat bangunan bersejarah yang dikenali sebagai
Fort Cornwallis. Kapten SHTI
Francis
Light telah mengibarkan bendera
Union Jack
di
Kota_Cornwallis . Kubu pertahanan dibina di Padang
Kota Lama dan beberapa buah
meriam di sini masih dapat dilihat dengan jelas. Walaupun
British tidak lagi menjadi pentadbir di Pulau Pinang, tetapi legasi British
dapat dilihat jelas sekitar Padang Kota.


Padang kota menjadi tumpuan pelancong dan penduduk yang inginkan ketenangan
dan menikmati makanan popular Pulau Pinang iaitu
nasi
kandar ,
pasembor,
cendol dan juga
laksa. Kebanyakan
pengunjung Padang Kota gemar untuk melepak di tembok benteng laut untuk merasai
angin bertiup sambil bersantai. Benteng dibina di tepi laut bagi menghalang
hakisan ombak . Walaubagaimanapun, disebabkan keadaan air laut yang tidak dapat
dijangka di tebing padang kota, pengunjung tidak berani untuk mandi. Ia boleh
menjadi pasang secara tiba-tiba dan berbahaya. Semasa
Tsunami 2004, air laut di
sini telah melepasi benteng dan menyebabkan air melimpah ke luar. Untuk
berkelah, tempat yang sesuai ialah Pantai Moon Light di
Batu Feringghi,
Tanjung
Bungah dan sekitarnya.
Beberapa bangunan terdapat di sekitar Padang Kota ialah Town Hall, City Hall
dan
Dewan Sri Pinang. Untuk ke padang kota, ianya
mengambil lebih kurang 20 minit selepas Jambatan Pulau pinang dan mengikut
keadaan lalu lintas. Keadaan lalu lintas menuju ke arah Pusat bandarraya
Georgetown dan ke
Bayan Lepas sangat sesak pada waktu pagi, tengahari,
petang dan hujung minggu. Penumpang mestilah pandai merancang perjalanan.
=====AYOOO....JELAJAH INDONESIA ===========
No comments:
Post a Comment